Monday, June 7, 2010

Masih Wujudkah Adam Itu?

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Alhamdulillah, entry kali ini penulis berpeluang memulakan dengan terjemahan Al-Quran seperti yang tertera di atas. Apabila ayat berkenaan dihayati, terbukti golongan Adam punyai amanah yang berat dan besar dari Allah s.w.t yang telah diberikan buat mereka untuk memimpin kaum Hawa yang sememangnya dicipta dari rusuk Adam yang bengkok. Begitulah kepercayaan Allah Azzawajalla terhadap Si Adam untuk memikul amanah berat itu kerana beberapa kelebihan kurniaan Allah pada Si Adam tiada pada wanita.

Namun dewasa ini, penulis akur bahawa samar-samar dengan apa yang Allah amanahkan buat Si Adam, adakah benar ditaati oleh mereka yang bergelar Adam? Adakah Adam itu memimpin dan Si Hawa itu terpimpin? Bersama tepuk dada tanya iman. Juga tidak seratus peratus Si Adam patut disalahkan kerana masih wujudnya Si Hawa yang berhati "degil" dalam menerima pimpinan dan teguran Si Adam. Lihatlah saja dalam instituisi kekeluargaan kini, isteri curang pada suami, anak perempuan derhaka kepada suruhan Si Ayah. Hakikatnya walaupun Si Adam itu pelindung, namun bagi yang bergelar Hawa seharusnya kita mempersiapkan diri dengan benteng-benteng keimanan agar mempermudahkan amanah berat Adam.Itulah kebergantungan yang sebenar.

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan(sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung"
(An-Nur; ayat 31) 


Berani untuk dikatakan kebanyakan institusi kekeluargaan ummat Islam khususnya makin berkecai dek tiadanya pemahaman Islam sebenar yang diterapkan a.k.a keluarga yang terbina bukan atas dasar konsep Baitul Muslim tetapi kekeluargaan berlandaskan kemaksiatan. Perkahwinan yang diikat atas dasar kemaksiatan dan tentulah hanya mengundang perjalanan hidup tanpa redha-Nya bak menanam padi menggunakan baka yang rosak, mustahil hasilnya akan baik walaupun mungkin ada tetapi JARANG berlaku. Genrasi yang lahir Islam hanya nama, namun peribadi, akhlak jauh terpesong dari kehidupan seorang Islam. Bila mana bapaknya yang seharusnya menjadi pemimpin tapi hanya menjadi pak turut, kononnya berprinsip "bapak mana tidak sayangkan anak" dengan merelakan apa saja yang diinginkan anak biarpun Islam mengatakan haram! Inilah bapa yang akan mengangkut dirinya serta keluarga ke neraka Allah, menanti di dalamnya seksaan yang amat pedih tak terjangkau dek akal manusia dan bahan bakarnya adalah manusia dan batu (Q 2: 24 dan 66: 6).

Itulah hakikatnya manusia, kerap untuk tidak menurut perintah Yang Berkuasa, yang tahu hanya memenuhi NAFSU serakah untuk permainan dunia yang nyata hanya sementara dan tidak menguntungkan akhirat kita. Dunia hanya pinjaman dan tempat menanam kebajikan di jalan-Nya, akhirat tempat kita menuai hasil-Nya. Jika kita beriman maka berbahagialah kita di akhirat kelak, jika kita ini hamba-Nya yang mungkar, neraka-Nya telah tersedia buat kita.Wa Na'uzubillah minzalik. Semoga kembara di bumi Tuhan ini menjadikan bekalan untuk akhirat sana, dan ingatlah untuk kebahagiaan abadi menuju sana bukanlan kembara yang mudah namun ia memerlukan PENGORBANAN yang tiada taranya. Wallahu'alam (T_T)

1 comment:

  1. baris ke 9, bukan kepercayaan Allah ttp amanah Allah. maaf atas khilaf penggunaan bahasa. (Nurul Atiqah Nazaruddin)

    ReplyDelete